Carian
Rasmi : Samsung Galaxy S22 Bakal Dilancarkan Pada 9 Februari 2022
January 26, 2022 Aman

Samsung hari ini mengesahkan mereka akan melancarkan Samsung Galaxy S22 secara rasminya pada 9 Februari 2022 kelak, pada pukul 11 malam waktu Malaysia.

Samsung Galaxy S22 merupakan siri mercu terbaru untuk tahun 2022, dijangka hadir dengan spesifikasi terkini, termasuk membawakan salah satu peranti yang akan meneruskan legasi keluarga Galaxy Note melalui sokongan S-Pen terbina.

Acara pelancaran ini akan diadakan secara atas-talian seperti beberapa acara Samsung sebelum ini. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 9 Februari ini untuk melihat kejutan pihak Samsung.

Komen