Carian
PlayStation 5 Kini Menyokong Ciri Memuat Naik Tangkapan Layar Ke Aplikasi Telefon Pintar
January 26, 2022 Effi Saharudin

Kenikmatan bermain permainan video meningkat berkali ganda apabila aksi kelakar atau visual rosak akibat pepijat dapat dikongsi kepada rakan-rakan di media sosial. Selama ini tangkapan layar dan video hanya boleh dikongsi ke media sosial sekiranya pengguna sedang menggunakan konsol. Bagi pemilik PlayStation 5, kelak ia turut boleh dilakukan menerusi aplikasi PS App.

Play

Pengguna di Amerika Syarikat mula menerima notifikasi ciri baharu yang memuat naik tangkapan layar dan video permainan terus ke galeri PS App di peranti pintar mereka. Pada waktu ni simpanan tangkapan layar secara automatik ke aplikasi hanya disokong selama 14 hari. Video pula harus lebih pendek dari 3 minit dan pada resolusi 1080p sahaja.

Dengan sokongan ini, proses berkongsi klip video dan gambar menarik dalam permainan kegemaran boleh dilakukan menggunakan telefon pintar buat pertama kali. Sebelum ini ciri ini hanya diberikan kepada pemilik PS5 di Jepun dan Kanada sahaja. Tidak diketahui sama ada dengan pengguna di A.S menerimanya, Sony akhirnya bersedia untuk menawarkannya kepada semua pengguna global.

Sumber The Verge

Komen