India Ingin Membangunkan Sistem Operasi Mudah Alih Buatan Tempatan

Diterbitkan pada Jan 26, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada kurun yang lalu, projek menghasilkan kenderaan buatan tempatan dilihat sebagai projek berprestij bagi untuk menunjukkan kemampuan teknologi sesetengah negara. Dari debu-debu Hiroshima dan Nagasaki, industri automotif Jepun muncul. Pada awalnya ditertawakan tetapi kini disegani. Begitu juga dengan Korea Selatan. Malaysia mula berlumba pada tahun 1985. Simbol kemajuan teknologi sekarang bukan lagi kenderaan tetapi kemampuan teknologi perisian.

Oleh itu India telah Kementerian Elektronik dan Teknologi Maklumat India mengumumkan mereka ingin memulakan pembangunan sistem operasi telefon pintar buatan tempatan sepenuhnya. Sistem operasi ini dilihat sebagai penawaran alternatif kepada Android dan iOS yang kini mendominasi pasaran. Kerajaan masih di dalam proses mencari institusi pendidikan dan syarikat teknologi yang mampu membangunkan sistem operasi ini mengikut keperluan domestik.

India

Kemajuan sistem operasi memacu pembangunan perkakasan dan ekosistem maka India perlu mempunyai sistem operasi mudah alih buatan tempatan bagi memacu perkembangan teknologi negara. Tahun lalu Pragati OS yang dibangunkan sendiri oleh Jio berasaskan Android Go telah diumumkan. Tidak diketahui sekiranya sistem operasi tempatan kelak akan bermula dari kod sumber sendiri atau sekadar fork kepada sistem operasi sedia ada.

Pengumuman dilihat selari dengan aspirasi Perdana Menteri Narendra Modi untuk meningkatkan pengeluaran barangan elektronik ke tahap $300 bilion setahun dan eksport barangan elektronik ke $120 bilion setahun menjelang 2026.

India ialah pasaran telefon pintar kedua terbesar di dunia di belakang China kerana populasi hampir 1.4 bilion penduduk. Pengeluar pelbagai jenama peranti turut mempunyai kilang di negara tersebut untuk mendapat potongan cukai di bawah inisiatif Made In India beberapa tahun yang lalu.

Sumber The Economics Times

komen


© Amanz / 2022 Kami