Cari @ Amanz

NFT semakin hangat di pasaran dengan syarikat besar mula menawarkan token tidak boleh ubah mereka kepada umum. Kehangatan berterusan kerana NFT kini dipromosikan oleh ramai selebriti yang tidak mahu ketinggalan menjana pendapatan selagi ia laku seperti pisang goreng berkeju lima tahun lalu. Terkini Julian Lennon, anak kepada mendiang John Lenon mengumumkan beliau akan menawarkan memorabilia milik ayah beliau dalam bentuk NFT.

Antara yang ditawarkan ialah memorabilia dari zaman John Lennon masih bersama kumpulan The Beatles dan semasa bergerak solo. Lirik asal lagu Hey Jude dalam bentuk tulisan tangan Paul McCartney turut boleh dibeli dalam bentuk NFT. Sungguhpun begitu pembeli hanya akan mendapat versi digital lirik tetapi karya fizikal masih lagi milik Julian walaupun bidaan untuk NFT ini bermula dari $30,000 (~RM125,000).

Koleksi NFT ini akan dilelong oleh Julian’ Auction dengan sebahagian kutipan akan disumbangkan kepada White Feather Foundation juga milik beliau.

Sumber Lennon Connection : The NFT Collection

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd