Cari @ Amanz

Sehingga kini, kita telah melihat pelbagai penawaran dongel Android TV daripada sejumlah pengeluar yang berada di pasaran. Terbaru, Huawei turut melakukan hal sama menerusi pengenalan produk terbarunya di China. Ia dikenali sebagai Huawei Himedia Smart Box C1 dan rekaannya hanyalah sebesar seutas jam tangan sahaja.

Ia juga hadir dengan cip media HiSilicon 64-bit 4K yang menyokong format video dengan resolusi mencapai UHD 4K dan H.265/HEVC. Seterusnya, ia turut sama menyokong sistem operasi Android 9.0 dan pelbagai aplikasi serta platform hiburan terbina. Di samping itu, ia juga mempunyai antaramuka yang direka semula bagi memudahkan penggunaan.Tidak ketinggalan, Huawei Himedia Smart Box C1 juga dikatakan bebas daripada sebarang iklan – yang mana ia boleh dianggap menarik. Maka, pengguna tidak akan rasa terganggu sepanjang penggunaan.

Lain-lain spesifikasi yang menyokong termasuklah sokongan bluetooth 4.2, Wi-Fi dwi-band 2.4G /5G, Apple AirPlay/DLNA/Miracast dan sebagainya, Turut difahamkan, ia boleh disambungkan ke pelbagai jenis peranti lain seperti tetikus, papan kekunci dan lain-lain. Di china, Huawei Himedia Smart Box C1 dijual pada RMB399 (~RM264) untuk seunit.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd