Pondok Telefon Lama Diubahsuai Menjadi Perpustakaan Mini Di Pulau Pinang

Diterbitkan pada Jan 26, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Beberapa hari yang lalu anak saya yang berusia lapan tahun meminta nombor telefon secara rawak. Apabila ditanya, si anak berkata dia ingin menelefon saya menggunakan “telefon melekat di dinding” di sekolah. Ini membuatkan saya sendiri terfikir bilakah kali terakhir saya menggunakan telefon awam memandangkan ia semakin pupus di Kuala Lumpur.

Di Pulau Pinang terdapat banyak pondok telefon awam yang usang kerana tidak lagi digunakan serta tidak lagi dilengkapi dengan telefon yang berfungsi. Oleh itu beberapa pondok telefon ini telah diubahsuai menjadi perpustakaan mini oleh Penggerak Komuniti Muda (PEKA) sebagai satu projek komuniti dengan kerjasama Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

Tiga perpustakaan mini ini dibuka di hadapan Balai Polis Lebih Pantai dalam warna ceria kuning, merah dan biru muda. Terdapat buku yang disimpan dalam almari kaca yang boleh dibaca oleh pelawat. Serasa dengan keperluan moden, setiap pondok turut dilengkapi port kuasa untuk pelawat mengecas peranti mereka ketika membaca.

Orang ramai dipelawa untuk meminjam dan mendermakan buku kepada perpustakaan awam mini ini. Bagi yang berminat anda boleh menghubungi Encik Adam Lester di talian 011-2409 5881.

Sumber Penggerak Komuniti Muda (PEKA)

komen


© Amanz / 2022 Kami