Microsoft Teams Mencatatkan 270 Juta Pengguna Aktif Bulanan Pada Penghujung 2021

Diterbitkan pada Jan 26, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sewaktu pembentangan pendapatan Microsoft, Satya Nadella, CEO syarikat tersebut turut membuat pengumuman bahawa perkhidmatan telesidang mereka, Microsoft Teams telah mencatatkan jumlah pengguna yang sangat tinggi pada penghujung tahun 2021.

Beliau mengatakan bahawa jumlah pengguna aktif bulanan Microsoft Teams telah meningkat ke 270 juta pengguna pada bulan Disember 2021. Apabila dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya, Microsoft Teams mencatatkan jumlah pengguna aktif sebanyak 75 juta pada April 2020 dan 145 juta pengguna aktif setahun kemudian. Ia kemudiannya melonjak kepada 250 juta pada bulan Julai 2021.

Microsoft Teams 145 Juta

Satya Nadella turut mengatakan bahawa diantara sebab mengapa Microsoft Teams memperlihatkan jumlah pengguna yang semakin meningkat ialah kerana sokongan untuk aplikasi parti ketiga yang memudahkan pelbagai institusi untuk mengubahsuai cara penggunaan platform telesidang mereka dengan mudah.

Malah, penggunaan aplikasi parti ketiga yang meningkat sepuluh kali ganda dilihat sebagai tanda bahawa Microsoft Teams adalah diantara platform telesidang yang paling digemari oleh bukan sahaja individu, tetapi juga syarikat-syarikat dan institusi pengajian antarabangsa.

Sumber: GeekWire

komen


© Amanz / 2022 Kami