Jualan kamera filem terjejas teruk sejak pengenalan telefon pintar dan kamera digital. Malahan pengeluaran kamera digital juga semakin terjejas dengan beberapa pengeluar utama menghentikan beberapa model yang tidak lagi dianggap menguntungkan. Dengan filem semakin sukar dicari dan kos pembelian meningkat, apakah masa hadapan kamera filem analog yang mungkin anda miliki?

Jawapannya mungkin dalam bentuk Digi Swap. Penyesuai ini dibangunkan oleh sebuah firma dari Jepun. Ia disambungkan kepada panel belakang kamera filem yang kemudiannya disambungkan pula pada sebuah iPhone. Peranti yang disokong oleh Digi Swao ialah iPhone X, XS, 11, 11 Pro, 12, 12 Pro, 13, dan iPhone 13.

Pengguna kemudiannya memuat turun aplikasi Digi Swap untuk menggunakan iPhone bersama dengan kamera filem. Menurut pengeluar pelbagai model kamera filem disokong dengan penyesuai khusus untuk kamera Leica M turut ditawarkan. Digi Swap masih belum dijual tetapi akan dilancarkan secara rasmi di acara CP+ yang berlangsung pada Februari hadapan.