Cari @ Amanz

Google Assistant adalah antara pembantu digital terbaik yang ada di pasaran sekarang. Ia juga adalah antara yang paling pintar berbanding pesaing. Sejak kebelakangan ini, Google Assistant telah menjadi lebih mudah untuk digunakan kerana pengguna tidak lagi perlu sebut perkataan “Hey Google” atau “Okay Google”.

Tetapi ia terhad pada peranti Pixel 6 sahaja, di mana penggera, panggilan telefon dan beberapa fungsi lain boleh dikawal pengguna dengan terus menyebut satu kata kunci khusus. Terkini Google mula mengedarkan kemaskini kepada lebih banyak peranti seperti pembesar suara pintar atau paparan pintar.

Jika Google Assistant telah diseru atau aktif secara tidak sengaja, pengguna hanya perlu kata “stop” untuk menghentikannya daripada terus bercakap. Walaupun ia masih tidak sehebat pada Pixel 6, tetapi ini adalah langkah awal untuk pengguna pembantu digital menikmati ciri yang memudahkan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd