Carian
Realme Mula Membenarkan Pengguna GT Neo2 Menyahkunci Bootloader
January 26, 2022 Fahim Zahar

Realme GT Neo2 adalah antara perati Realme yang cukup berkuasa dan dijual pada harga yang boleh diterima. Namun seperti kebanyakan peranti sekarang, Realme juga jarang memberikan pengguna kebebasan melakukan kustomasi sistem pada peranti seperti memasang Magisk atau custom ROM.

Dalam kemaskini Realme UI 3.0, Realme dilihat telah mula membenarkan pengguna menyahkunci bootloader peranti. Sokongan ini dilihat boleh dilakukan pada Realme GT Neo2 dengan nombor model RMX3370, yang biasa ditemui di pasaran Eropah. Sebelum ini, nyahkunci bootloader hanya boleh dilakukan pada model dari China sahaja.

Walaupun begitu, aplikasi Deep Testing harus dipasang terlebih dahulu dan pengguna perlu mohon dan tunggu Realme sahkan sebelum dapat menikmati kebebasan. Jika sudah, pengguna boleh lakukan pelbagai modifikasi sistem seperti memasang custom ROM, Magisk, root peranti dan banyak lagi.

Tidak pasti sama ada ciri ini akan dikekalkan atau terhad kepada mereka yang menguji Realme UI 3.0 sahaja.

Komen