El Salvador telah menjadi negara pertama menggunakan Bitcoin sebagai matawang sejak September 2021 lepas. Kini, nampaknya hal berkenaan menerima rintangannya tersendiri.
IMF (International Monetary Fund) kini mencadang pihak El Salvador untuk berhenti menggunakan Bitcoin sebagai matawang rasmi. Hal ini disebabkan oleh beberapa perkara, termasuk kerana kadar kestabilannya, selain risiko berkaitan Bitcoin, dan juga integriti sistem kewangan sendiri.
Malah, perkara ini juga dijangka mungkin menyukarkan pihak El Salvador dalam mendapatkan pinjaman daripada pihak IMF.
Presiden El Salvador sendiri agak aktif dalam membeli Bitcoin untuk negara. Walaupun ia memperlihatkan peningkatan nilai, namun apabila nilai Bitcoin jatuh, ia turut membawa risiko kepada negara. Buat masa ini, beliau seperti tidak menghiraukan cadangan pihak IMF berkaitan meminta berhenti menggunakan Bitcoin.