Facebook sedia melancarkan projek kriptowang mereka tersendiri dinamakan Libra sebelum ini. Ia seterusnya menerima tentangan hebat daripada pelbagai pihak, sekaligus membuatkan Facebook melihat kembali arena berkenaan, dan menjenamakan projek mereka kepada Diem – dalam usaha memberikan nafas baharu, dan lari daripada perspektif negatif terhadap Libra.
Namun, ia masih menghadapi cabaran tersendiri – membuatkan ia sukar dilancarkan kepada awam, terutamanya disebabkan tekanan oleh pihak kerajaan.
Lanjutan daripadanya, kini ia diperkatakan Diem sedang melihat untuk menjual aset-aset milik mereka – sekaligus memberikan petanda Facebook akan menamatkan penglibatan pada projek berkenaan.
Dengan perkembangan terbaru ini, semestinya ia menjadi persoalan apakah langkah seterusnya oleh pihak Facebook dalam arena kriptowang atau dompet digital tersendiri – apatah lagi dengan fokus terhadap arena metamesta.