BRATA Adalah Perisian Hasad Yang Mencuri Maklumat Dan Memadam Data Peranti

Diterbitkan pada Jan 26, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

BRATA adalah perisian hasad yang ditemui oleh Kaspersky pada tahun 2019. Ia merupakan sejenis Android RAT (remote access tool) yang membolehkan penggodam mengakses data pengguna dari jauh, lebih-lebih lagi data perbankan.

Terkini terdapat BRATA baharu muncul sejak Disember tahun 2021 yang menyamar sebagai antivirus, mempunyai keylogger untuk mencuri data pengguna serta kemampuan memadam data peranti pengguna sejurus selepas data penting dicuri. Ia terbahagi kepada tiga iaitu BRATA.A, BRATA.B dan BRATA.C.

BRATA.A mempunyai kemampuan penjejakan lokasi dengan mengakses data GPS pengguna untuk tujuan padam data peranti pengguna dari jauh. BRATA.B pula lebih kepada mengakses data perbankan dan akhir sekali BRATA.C pula akan memuat turun aplikasi hasad terus ke peranti pengguna.

Peranti mangsa juga melaui BRATA ini hanya boleh dipadam selepas data perbankan berjaya dicuri. Itu pun jika pengguna ada memberi akses kepada kebenaran perkhidmatan ketercapaian (accessibility service permissions). Ini juga hanya terkesan kepada peranti Android dan tidak lagi ada rekod menyatakan terkesan kepada pengguna iOS. Ia juga setakat ini terkesan di  UK, Poland, Itali, Sepanyol, China, dan Latin Amerika.

komen


© Amanz / 2022 Kami