Carian
Moonbounce – Virus Baru Yang Boleh Hidup Walaupun Format Komputer Dan Pasang OS Baru
January 26, 2022 Aman

Kehadiran malware atau virus untuk komputer bukan sesuatu yang baru. Dan menjadi kebiasaan untuk ramai juruteknik yang melakukan pembuangan virus pada komputer, sekaligus format kembali komputer berkenaan untuk memastikan virus berkenaan benar-benar telah dibuang.

Namun, kini hadir cabaran baru melalui virus yang dinamakan sebagai Moonbounce.

Moonbounce ini dikatakan amat kental, dan boleh selamat walaupun sesuatu komputer itu di format atau pun dipasang sistem operasi baharu.

Moonbounce ini dilihat menyasarkan papan induk komputer, dan bukan pada sistem operasi sahaja. Ia menyasarkan firmware papan induk – UEFI atau BIOS. Ini sekaligus membolehkan virus berkenaan kekal selamat walaupun telah diformat.

Dalam proses mengatasi Moonbounce ini, beberapa perkaara dicadangkan, termasuk mengaktifkan ciri Secure Boot pada komputer. Disamping itu, keperluan penggunaan TPM 2.0 pada Windows 11 juga dilihat akan lebih melindungi komputer pengguna. Pengguna juga boleh mengaktifkan ciri kata laluan untuk membuat perubahan pada UEEFI, sekaligus mengelak kemaskini firmware yang tidak dibenarkan.

Seperti biasa, sentiasa kekal berhati-hati ketika di dunia siber, dan elak menjadi mangsa virus yang boleh membawa kepada kerosakkan komputer dan dokumen.

Komen