Twitter sejak kebelakangan ini telah mula memfokuskan kepada selebriti media sosial mereka, agar lebih mudah untuk menjana pendapatan. Antaranya adalah ciri memberi tip, Super Follows atau juga Ticketed Spaces.
Hari ini, Alessandro Paluzzi iaitu seorang pembangun yang biasa mendedahkan ciri dan fungsi baharu Twitter telah mendedahkan ciri Flock. Melalui Flock, ciapan hanya boleh dilihat oleh pengikut rapat sahaja yang terhad kepada 150 pengikut.

Selain itu, Jane Manchun Wong turut mendedahkan yang Twitter sedang membangunkan ciri Twitter Spaces yang hanya boleh disertai oleh pengikut Super Follows sahaja. Eksekutif Twitter Esther Crawford turut mengesahkan yang ciri ini akan tiba tidak lama lagi.
Super Follows adalah pelan langganan bulanan untuk mengikuti selebriti Twitter kegemaran pengikut. Ia ditawarkan pada harga bermula $2.99 sebulan iaitu sekitar RM12.50 dan mencapai sehingga $9.99 iaitu sekitar RM41.90 sebulan.