WinRAR Menamatkan Sokongan Untuk Windows XP

Diterbitkan pada Jan 26, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

WinRAR kini telah memperkenalkan versi terbaru perisian mereka, iaitu WinRAR 6.10. Bersama-sama dengannya, sejumlah ciri disertakan, dan pada masa yang sama, WinRAR turut menamatkan sokongan untuk Windows XP.

Dengan perubahan ini, kini spesifikasi minima untuk menggunakan Windows Vista. Versi terbaru juga turut menyertakan sokongan untuk menu konteks pada Windows 11, dan turut menyokong membuka kandungan .zst dan .zipx menggunakan algoritma Zstandard.

Bagi anda yang menggunakan WinRAR, boleh mengemaskini perisian anda ke versi terbaru dan menikmati ciri baru yang disertakan, sementara untuk pengguna Windows XP, anda tidak akan menerima kemaskini baru lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami