Empat PPV Di Lembah Klang Akan Dibuka Untuk Pemberian Dos Penggalak Vaksinasi Terus Tanpa Memerlukan Temujanji

Diterbitkan pada Jan 26, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bagi mereka yang masih belum menerima butiran temujanji untuk dos penggalak vaksin COVID-19, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengumumkan bahawa mereka akan membuka empat lokasi untuk membolehkan orang ramai mendapatkan vaksinasi tersebut secepat mungkin.

Empat lokasi tersebut ialah PPV WTC di Kuala Lumpur, PPV Axiata Arena di Bukit Jalil, PPV IDCC di Shah Alam dan PPV Soka Gakkai di Klang, dan akan dibuka untuk orang ramai berumur 18 tahun dan keatas, bermula hari esok, 27 Januari 2022.

Menurut KKM, dos penggalak yang akan diberikan ialah Astra Zeneca, tetapi vaksin Pfizer akan dibekalkan juga untuk mereka yang menghadapi masalah seperti penyakit bergejala, wanita mengandung dan mereka yang menunjukkan simtom alahan terhadap vaksin Astra Zeneca.

komen


© Amanz / 2022 Kami