Malaysia Di Tangga Ketujuh Antara 20 Negara Paling Banyak Tweet Berkaitan K-Pop

Diterbitkan pada Jan 26, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tidak dinafikan, muzik K-pop sudah tentunya mempunyai pengaruh mereka yang tersendiri. Malahan, setiap lirik dan juga tarian yang dipersembahkan turut memiliki jalan cerita menarik masing-masing.

Dalam perkembangan terkini, Twitter telah berkongsi berkongsi data terbaharu berkaitan tweet-tweet K-pop pada platform mereka. Analisis menunjukkan terdapat sekitar 7.8 bilion tweet yang berkaitan dengan K-pop telah dikongsikan oleh pengguna sepanjang tahun 2021.

Melaluinya, Malaysia telah tersenarai di tangga ketujuh diantara 20 negara terpilih dan BTS adalah kumpulan K-pop terkenal yang menjadi topik bualan utama para pengguna di negara ini. Kumpulan ini juga dikatakan berjaya duduki tangga pertama untuk senarai komuniti K-Pop di Malaysia. Bukan itu sahaja, malahan turut berjaya memegang takhta sebagai artis K-Pop paling popular secara global.

Senarai yang dikongsi turut memperlihatkan Indonesia yang kekal menjadi negara paling banyak tweet berkaitan K-Pop untuk dua tahun berturut-turut. Senarai lain-lain negara yang turut tersenarai dalam 10 anak tangga teratas termasuklah Filipina, Korea, Thailand, Amerika Syarikat, Mexico, Brazil, India dan Jepun.

komen


© Amanz / 2022 Kami