Windows Kini Mempunyai Lebih 1.4 Bilion Peranti Aktif Setiap Bulan
January 27, 2022
Microsoft
Aman
Microsoft kini berkongsi mengatakan sistem operasi Windows kini menjana lebih 1.4 bilion perantii aktif setiap bulan. Angka ini adalah gabungan angka peranti yang menjalankan sistem operasi Windows 10 dan juga Windows 11.
Pada masa yang sama, menurut Microsoft, kini masa penggunaan peranti Windows meningkat 10% berbanding ketika pra-pandemik Covid-19.
Dari hari ke hari juga, kini Microsoft menyaksikan lebih ramai mendapatkan komputer menjalankan sistem operasi Windows – tidak kira untuk bekerja, belajar, ataupun untuk urusan lain.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.