Microsoft Akan Perkenal Sokongan Aplikasi Android Pada Windows 11 Mulai Bulan Hadapan

Diterbitkan pada Jan 27, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Microsoft kini mengumumkan mereka akan menawarkan pengalaman menggunakan aplikasi Android di Windows 11 bermula bulan hadapan.

Aplikasi Android untuk Windows 11 ini akan disenaraikan melalui Microsoft Store, sekaligus memudahkan proses pemasangan aplikasi. Microsoft menjayakan perkara ini melalui kerjasama pihak Amazon untuk penerbitan aplikasi, selain pihak Intel.

Sebelum ini, Microsoft sedia mempertontonkan kebolehan menjalankan aplikasi Android pada Windows 11. Ciri ini pada mulanya dijangka diperkenalkan bersama Windows 11, namun ditangguhkan pengenalan ke tahun 2022.

Dengan perkongsian terbaru Microsoft ini, sama-sama kita nantikan bulan hadapan untuk membolehkan penggunaan aplikasi pada komputer Windows kita.

komen


© Amanz / 2022 Kami