Apple hari ini telah menawarkan iOS 15.3 untuk pengguna iPhone, dimana kemaskini ini menawarkan sejumlah penambah-baikkan sekuriti dalam memastikan pengguna iPhone kekal selamat.
Apple menyatakan iOS 15.3 menyelesaikan sehingga 10 masalah, termasuk antaranya adalah pada bahagian kernel yang sebelum ini membolehkan sebarang aplikasi berbahaya menjalankan kodnya, kemaskini pada WebKit, dan juga pada iCloud.
Bag anda yang menggunakan iPhone, anda diminta menaik-taraf ke iOS 15.3 dalam terus melindungi peranti dan data anda. Disamping itu, kemaskini sama ditawarkan untuk iPad melalui iPadOS 15.3.