Cari @ Amanz

Steam Deck Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 25 Februari 2022

Oleh Nazrin

Link Copied!

Konsol permainan mudah-alih Steam Deck sepatutnya dilancarkan pada bulan Disember 2021, tetapi bekalan cip yang tidak mencukupi menyebabkan Valve terpaksa menundakan pelancaran konsol tersebut, yang membolehkan pengguna menggerakkan semua permainan mereka sedia ada pada platform permainan komputer Steam.

Terkini, Valve mengeluarkan kenyataan baru yang mengatakan bahawa konsol Steam Deck akan dilancarkan secara rasmi pada 25 Februari ini. Mereka yang sempat pra-tempah konsol tersebut sebelum ini akan diberikan masa tiga hari untuk melengkapkan pembelian mereka, sebelum pra-tempah tersebut dibatalkan dan slot tersebut diberikan kepada pelanggan lain.

Konsol mudah-alih ini hadir dengan rekaan skrin bersaiz 7-inci, dan kemudahan untuk anda memainkan sejumlah permainan daripada Steam, terus secara mudah-alih. Menguasakan Steam Deck adalah cip AMD APU Zen 2, dilengkapi sokongan grafik AMD RDNA 2 yang dinamakan Aerith, memori 16GB LPDDR5 RAM, dan storan bermula 64GB eMMC sehingga 512GB NVME SSD.

Setakat ini, Steam Deck dilihat hanya akan dijual di pasaran-pasaran terpilih seperti Amerika Syarikat dan Eropah.

Sumber: Valve


Komen ()