Cari @ Amanz

Selepas Twitter dilihat memperkenalkan penggunaan NFT sebagai gambar profil untuk pengguna Twitter Blue, Reddit juga nampaknya sedang menguji fungsi sama untuk pengguna-pengguna mereka.

Reddit mengatakan bahawa fungsi ini belum lagi dibuka kepada pengguna umum, dan buat masa ini mereka belum membuat keputusan sama ada mereka ia akan diperkenalkan untuk orang ramai ataupun tidak.

Ia dilihat bahawa fungsi ini sedang diuji untuk melihat samada ia mudah untuk meletakkan NFT sebagai gambar profil, dan jika ciri baru ini akan diterima oleh para pengguna di laman tersebut ataupun tidak.

Pada tahun lepas, Reddit telah melancarkan NFT edisi terhad mereka sendiri yang dinamakan CryptoSnoos, dan dengan ujian ciri ini, ia dilihat bahawa Reddit sedang menguji cara baru NFT ini boleh digunakan dengan cara-cara kreatif dan bukan sahaja disimpan untuk dijual.

Reddit, seperti biasa dilihat agak berbelah bahagi dengan keputusan syarikat tersebut untuk memasuki arena NFT dan kripto. Apabila CryptoSnoos dilancarkan, terdapat sekumpulan pengguna yang tidak begitu menyukainya kerana harga jualannya yang tidak membolehkan orang ramai untuk memilikinya.

Sumber: TechCrunch

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd