ASUS ROG Wingwall Ialah Aksesori Sokongan Kad Grafik Berat Yang Memanfaatkan Slot PCIe Yang Tidak Digunakan

Diterbitkan pada Jan 27, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sekiranya anda memiliki sebuah komputer kelas premium, yang hadir dengan kad grafik yang memakan dua atau tiga slot pengembangan dalam rangka komputer, isu kad grafik yang kendur pastinya ialah sesuatu yang anda akan hadapi.

Untuk membantu pengguna memperbaiki isu ini, ASUS baru-baru ini dilihat memperkenalkan aksesori sokongan kad grafik yang dinamakan ASUS ROG Wingwall yang memanfaatkan slot PCIe yang tidak digunakan untuk memberi sokongan menyeluruh kepada kad grafik pengguna untuk mengurangkan kebarangkalian ia akan patah.

Selepas dipasang pada slot PCIe yang tidak digunakan, aksesori ini hadir dengan platform yang boleh diubahsuai secara menegak dan mendatar untuk memberikan kad grafik anda sokongan menyeluruh tidak kira saiz dan bentuk kad grafik tersebut.

Ia juga hadir dengan sistem pencahayaan RGB terbina, dan plat akrilik yang boleh diubah dengan mudah sekiranya pengguna mahu menggunakan plat akrilik mereka sendiri.

ASUS Malaysia mengumumkan bahawa mereka telahpun mula membawa masuk aksesori sokongan kad grafik ROG Wingwall ini ke pasaran tempatan, dan akan dijual pada harga RM380 di semua kedai-kedai komputer pengedar komponen ASUS yang rasmi.

komen


© Amanz / 2022 Kami