Cari @ Amanz

Siri Realme 9 bakal menjadi antara penawaran terkini daripada Realme. Namun begitu, pihak Realme masih cuba berteka-teki mengenai pelancaran rasminya. Bagaimanapun, hal ini nampaknya menjadi semakin menarik apabila ia didakwa telah tertiris dalam satu imej tular. Melaluinya, ia menunjukkan pelancarannya bakal berlangsung pada 15 Februari 2022.

Turut boleh dilihat, dua variasi model yang telah disahkan hadir kelak adalah Realme 9 Pro dan Realme 9 Pro+. Tapi sayangnya, tiada sebarang bayangan mengenai rekaan pada peranti yang boleh dilihat menerusinya. Sekiranya hal ini yang tertiris ini adalah sahih, maka kita bakal melihat pelbagai variasi peranti baharu yang bakal tiba sekitar bulan hadapan. Ini termasuklah Samsung, Nubia dan sebagainya.

Setakat yang diketahui, Realme 9 Pro+ telah disahkan hadir dengan janaan MediaTek Dimensity 920. Sementara itu, butiran Realme 9 Pro pula masih menjadi persoalan tetapi ada kebarangkalian ia bakal dikongsi dalam masa terdekat ini. Sama-sama kita nantikan.

Sumber : Twitter

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd