Cari @ Amanz

Kemurungan ialah isu yang serius terutamanya ketika pandemik kerana terperangkap di rumah tanpa sebarang aktiviti yang boleh membantu situasi. Oleh itu pengesanan simptom kemurungan awal adalah penting bagi mengelakkan ia menjadi lebih serius sehingga pesakit mencederakan diri. Menurut kajian yang dilakukan oleh Nanyang Technological University Singapura, kemurungan boleh dikesan lebih awal dengan hanya menggunakan penjejak kesihatan Fitbit.

Kemurungan

Kajian yang melibatkan 290 orang dewasa di Singapura mendapati Fitbit boleh mengesan kemurungan yang berlaku dengan ketepatan sekitar 80%. Simptom kemurungan ialah degupan jantung yang berubah lebih kerap antara jama 2-4 pagi dan 4-6 pagi yang dijejak oleh program pembelajaran mesin Ycogni. Kesemua data ini dapat dikesan oleh Fitbit yang mengesan nadi sepanjang masa.

Sepanjang eksperimen peserta diwajibkan memakai FitbIt Charge 2 selama 14 hari dengan ia hanya boleh ditanggalkan untuk mengecas dan mandi sahaja. Dengan penjejak kesihatan dan jam tangan pintar semakin popular sekarang, algoritma yang mengesan kemurungan lebih awal ini adalah berguna supaya pemakai diberikan amaran awal bagi mendapatkan bantuan kesihatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd