Carian
Cisco – 60% Teknologi Keselamatan Siber Yang Digunakan Syarikat Malaysia Telah Lapuk
January 27, 2022 Effi Saharudin

Keselamatan siber ialah isu yang semakin penting sekarang kerana kesemua benda yang dahulunya perlu dilakukan secara fizikal boleh dilakukan terus dari skrin peranti di tangan. Data perbankan tersimpan oleh perisian dan walaupun memudahkan urusan juga mendedahkan kita kepada serangan penggodam. Oleh itu data yang dikongsi oleh pelanggan dengan syarikat adalah penting dengan mereka berharap ia dipertahankan sepanjang masa dari dicuri.

Sekuriti

Tetapi menurut laporan terkini Security Outcomes Study oleh Cisco Malaysia menimbulkan kegusaran kerana 60% teknologi keselamatan siber yang digunakan syarikat tempatan dianggap lapuk oleh petugas keselamatan dan privasi yang bekerja di organisasi-organisasi tersebut. Laporan ini mengambil maklum balas dari 5,100 petugas keselamatan dan privasi di 27 pasaran dunia.

Berita baik dari laporan ini ialah 80% responden dalam kajian mengatakan syarikat sedang melaburkan dalam strategi Zero Trust dengan 27% bersedia untuk mengimplementasikan dan 53% sedang melakukan langkah persediaan.

Sebanyak 84% responden juga berkata syarikat sedang melakukan pelaburan dalam senibina Secure Access Service Edge (SASE) yang membolehkan integrasi rangkaian dan keselamatan awanan yang membolehkan boleh ia diakses pengguna di mana sahaja mereka bekerja.

Komen