Pelbagai syarikat kenderaan kini dalam peralihan untuk memperkenalkan kenderaan elektrik. Hal ini selari dengan sasaran kerajaan untuk memperluaskan penggunaan kenderaan elektrik – mencapai sehingga 15% kenderaan dijual pada 2030 adalah kenderaan elektrik.
Selari dengannya, Perodua sebagai antara penjual kenderaan terbesar di Malaysia, semestinya tidak ingin ketinggalan.

Perodua kini sedang dalam proses kajian, dan pembangunan berkenaan kenderaan elektrik. Berkongsi mengenainya, Perodua mengatakan mereka bukan sekadar ingin membangunkan kereta elektrik seperti yang lain, tetapi juga akan memastikan kereta elektrik keluaran mereka adalah pada harga mampu milik.
Dengan harga yang mampu-milik, ia sekaligus akan membolehkan semua rakyat Malaysia menikmati teknologi penawaran terkini.
Pada masa yang sama, Perodua ingin bekerjasama dengan sejumlah pihak dalam menjayakan penawaran kenderaan elektrik – apatah lagi dengan keperluan infrastruktur dan sebagainya.
Dengan perkembangan sihat ini, sama-sama kita nantikan apakah selanjutnya untuk Perodua dalam penawaran kereta elektrik pada harga mampu milik.