Pada hari ini, beberapa pengguna akaun bank CIMB dikejutkan apabila akaun mereka dibekukan, sekaligus menyukarkan mereka melakukan transaksi. Malah, terdapat beberapa juga memperlihatkan angka akaun negaatif.
Menyentuh mengenainya, kini CIMB menjelaskan “kesilapan pemprosesan” (processing error) pada sistem perbankan telah membawa kepada sejumlah kecil akaun di bekukan.
Melalui NST, ia diperkatakan sekitar 11,000 akaun pelanggan bank CIMB telah dibekukan sejak Isnin minggu ini. Pada masa yang sama, mereka juga menerima mesej mengatakan terdapat hutang ribuan ringgit dengan bank.
CIMB mengatakan mereka sedang menghubungi pelanggan terjejas untuk menyelesaikannya secara adil. Pelanggan terjejas juga diminta menghubungi CIMB pada talian 0322956188 untuk perjelasan lanjut.