Tahun baharu ada baiknya dimulakan dengan azam serta mentaliti baharu bagi mengelakkan kesilapan lampu. Bagi Daimler AG, tahun baharu juga hadir dengan penjenamaan semula dengan syarikat akan mengubah nama kepada Mercedes-Benz Group AG bermula 1 Februari ini.

Ini ialah perubahan nama keempat syarikat yang dahulunya dikenali sebagai Daimler-Benz sebelum berubah ke Daimler-Chrysler dan kemudiannya ke Daimler AG pada tahun 2007. Penukaran nama dilihat sebagai cara meningkatkan nilai syarikat kepada pemegang saham.
Dunia automotif pastinya berbeza sekiranya Karl Benz tidak mempatenkan automobil pertama yang menggunakan enjin pembakaran dalam pada tahun 1886. Sejak itu Mercedes-Benz yang merupakan syarikat automotif pertama dunia berjaya menjadi syarikat kereta premium terbesar dunia sehingga menjadi lambang status pembesar-pembesar negara.
Sumber Reuters