Google Chrome Mula Menguji Fungsi Satu Klik Untuk Bisukan Tab

Diterbitkan pada Jan 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apabila kita melayari sesuatu laman web, kadangkala kita tidak pasti yang laman tersebut akan ada audio atau video yang akan dimainkan secara automatik. Dengan aras suara ditetapkan pada kuat, bunyi yang bising akan keluar secara tiba-tiba mengejutkan diri sendiri serta turut akan mengganggu orang di sekeliling.

Pada Google Chrome, laman web yang ada audio akan ada ikon pembesar suara dipaparkan. Namun untuk membisukannya, pengguna perlu klik kanan terlebih dahulu.

Terkini, dalam Chrome Canary – Google mula menguji kemampuan terus klik pada ikon pembesar suara yang terpapar di tab. Ini memudahkan terus pengguna membisukan sesuatu tab. Hanya satu klik sahaja, keamanan dapat dinikmati.

Ciri ini sudah lama ada pada Firefox. Tetapi Chrome akhirnya sedar yang ciri ini penting dan akan menawarkan kepada pengguna mereka. Buat masa ini ia masih diuji pada Chrome Canary, dan pengguna perlu aktifkan Tab audio muting UI control dalam chrome://flags. Masih tidak pasti bila ia akan diedarkan dalam bentuk stabil, tetapi ia mungkin akan tiba dalam versi stabil akan datang.

komen


© Amanz / 2022 Kami