Cari @ Amanz

Honor Magic Akan Dilancarkan Di Peringkat Global Pada 28 Februari

Link Copied!

Honor mengesahkan mereka akan mengadakan acara khas di MWC Barcelona pada 28 Februari hadapan. Berdasarkan imej acah yang dikongsi, ia memberikan petanda Honor Magic akan akhirnya dilancarkan di peringkat global pada tarikh tersebut.

Honor Magic ialah peranti skrin boleh lipat pertama dari mereka dan juga yang pertama di dunia dengan cip Snapdragon 8 Gen 1. Ia adalah antara peranti boleh-lipat paling menarik pernah diuji di makmal Amanz setakat ini dan kami tidak sabar untuk mengulasnya jika peranti dilancarkan di Malaysia kelak.

Dengan pelancaran Honor Magic dan Oppo Find N di peringkat global tahun ini, mungkin akhirnya Samsung akan diberikan cabaran yang lebih serius dalam pasaran peranti skrin boleh-lipat.


Komen ()