Apple Kini Mempunyai Lebih 1.8 Bilion Peranti Aktif Di Seluruh Dunia

Diterbitkan pada Jan 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tim Cook pagi ini mengumumkan Apple kini mempunyai lebih 1.8 bilion peranti aktif di seluruh dunia. Ini adalah peningkatan hampir 10% berbanding 1.65 bilion peranti aktif yang diumumkan tahun Januari tahun lalu.

Peranti aktif yang dimaksudkan adalah  iPhone, iPod touch, iPad, Mac, Apple TV, dan Apple Watch. Namun begitu kali ini Tim Cook tidak pula mendedahkan berapakah jumlah setiap peranti aktif. Tahun lalu lebih 1 bilion daripada 1.65 billion adalah iPhone. Jelas sekali iPhone ialah peranti paling laku ditawarkan oleh Apple kepada pengguna.

Berdasarkan laporan kewangan syarikat untuk tahun fiskal S1 2022, 57.8% pendapatan dijana oleh iPhone diikuti oleh perkhidmatan (15.7%), peranti boleh pakai/aksesori/ rumah (11.9%), Mac (8.8%) dan iPad (5.8%). Berita baik buat Apple ialah kesemua produk mencatatkan peningkatan berbanding suku yang sama tahun lalu kecuali iPad.

komen


© Amanz / 2022 Kami