Cari @ Amanz

Vivo Y75 5G akhirnya diumumkan secara rasmi setelah sekian lama kewujudannya di acah dalam beberapa perkongsian terdahulu. Secara kasarnya, ia hanyalah sebuah Vivo Y55 5G yang dibekalkan dengan memori dan kamera swafoto lebih baik.

Untuk spesifikasi khusus, peranti hadir dengan skrin sebesar 6.58-inci IPS LCD dengan resolusi FHD+. Ia juga dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 700, memori 8GB RAM (tambahan RAM maya mencapai 4GB) dan storan dalaman 128GB. Turut melengkapinya, ruang penambahan storan menerusi kad micro SD dengan had maksium sehingga 1TB.

Tetapan kamera utama adalah 50MP + 2MP + 2MP, sementara itu kamera swafoto pula sebesar 16MP. Bateri pula adalah 5,000mAh yang menyokong pengecasan 18W. Lain-lain spesifikasi termasuklah – port sambungan USB-C, bluetooth 5.1, menjalankan FuntouchOS 12.0 dan sebagainya.

Untuk harga, Vivo Y75 5G dijual pada INR21,990 (~RM1,228). Terdapat dua pilihan warna menarik yang disediakan seperti Starlight Black dan Glowing Galaxy.

Sumber : Vivo India

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd