Cari @ Amanz

Dalam Android 12, buat pertama kalinya Google telah menambah mod permua terus secara terbina. Secara tidak langsung, pengguna boleh memanfaatkan peranti mereka untuk pengalaman bermain yang lebih baik. Dalam mod ini, ada pilihan tetapan grafik, kawalan notifikasi, penstriman langsung, rakaman skrin dan banyak lagi.

Google nampaknya serius dengan permua untuk Android, kerana terkini dalam Android 13 Mishaal Rahman telah menemui kod dalam AOSP mengenai ciri baharu memfokuskan permua. Peranti Android 13 mampu memuat permua berkali ganda lebih pantas berbanding Android lain.

Dalam kod AOSP ini, jika sistem mengenalpasti ada permua sedang memuat – sistem akan secara automatik mengalihkan fokus pengurusan kuasa dan kemudian meningkatkan kelajuan CPU. Secara tidak langsung ia akan mengurangkan masa memuat untuk sesuatu permua.

Walau bagaimanapun, disebabkan Android 13 masih berada dalam fasa awal pembangunan – tidak pasti jika Google akan mengekalkan ciri ini ataupun tidak. Sama-sama kita nantikan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd