Apple sejak kebelakangan ini turut telah mula memfokuskan kepada penawaran perkhidmatan, dan bukan sekadar jualan peranti sahaja. Selari dengannya, Apple menawarkan perkhidmatan seperti iCloud, Apple Music, Apple TV+, Fitness+, dan Apple Arcade.
Berkongsi mengenainya, Apple kini mengatakan mereka mempunyai 785 juta pelanggan untuk perkhidmatan mereka. Pada suku terakhir sahaja, Apple telah menambah 165 juta pelanggan baharu.
Untuk tahun ini sendiri, Apple dilihat telah mula memberikan lebih perhatian kepada perkhidmatan Apple TV+ mereka dengan penawaran lebih banyak rancangan dan filem. Pada masa yang sama, perkhidmatan Apple juga sedang diperluaskan kepada lebih banyak negara dari hari ke hari.
Dengan perkembangan sihat ini, tidak mustahil kita melihat ia mencapai angka 1 bilion tidak lama lagi.