Mengikut data terkini yang dikongsikan Sorlist, ia memperlihatkan secara purata pengguna di Malaysia menghabiskan masa sehingga 9 jam 18 minit sehari dalam melayari Internet.
Ini sekaligus menjadikan pengguna menghabiskan 141 hari setahun dalam melayari internet.
Selain itu, dari segi penggunaan media sosial, pengguna Malaysia menghabiskan selama 3 jam 1 minit pada media sosial – membawa kepada jumlah 48 hari dalam setahun pada media sosial. Dari segi aplikasi, YouTube dilihat menjadi aplikasi yang paling lama dihabiskan masa.
Secara keseluruhan, pengguna Malaysia dikedudukan tangga ke-6 dari 10 negara teratas dalam menghabiskan masa paling lama dihadapan skrin.