Melalui kajian terbaru berasaskan kepada kecerdasan buatan dan juga pembelajaran mesin, ia memberi petanda yang mana mungkin terdapat ribuan batu meteor yang tertanam di Antartika – berkemungkinan mencapai 300,000 meteor.
Batu meteor sering digunakan dalam lebih mempelajari sistem solar kita. Hal ini kerana batu ini berasal dari planet-planet luar, komet, asteroid dan sebagainya.
Ia diperkatakan hampir dua pertiga dari semua meteor yang ditemui di Bumi, ditemui di Antartika. Persekitaran ais berwarna putih memudahkan lagi penemuan, dan pada masa yang sama ia lebih dilindungi dalam ais.
Kajian terbaru ini menggunakan kecerdasan buatan dalam menganalisa permukaan antartika, dan mengenal pasti zon yang mempunyai kebarangkalian tinggi menemui batu meteor. Ia dikatakan kadar kejituan program ini adalah sekitar 83% dalam penemuan zon meteor.
Kiraan kasar menganggarkan teredapat lebih 300,000 meteor pada permukaan ais pada hari ini. Walaupun ia masih tidak mempunyai ketepatan 100% pada hari ini, tetapi dengan data-data baru, ia bakal menjadikan program ini lebih cekap dalam penemuan zon meteor.