Cari @ Amanz

Berbicara mengenai peranti memfokuskan permua, Nubia sudah semestinya tidak asing lagi dengan siri RedMagic keluarannya. Sehingga kini, kira-kira enam siri yang telah diumumkan dan setiap satunya mempunyai keupayaan berbeza yang mampu beri nilai tersendiri. Di samping itu, harga jualan ditawarkan juga adalah mengikut kesesuaian peranti itu sendiri.

RedMagic 6S Pro

Seperti yang diketahui, model kemas kini untuk rangkaian berkenaan iaitu Nubia RedMagic 7 telah menjadi antara topik bualan sepanjang minggu ini. Beberapa informasi mengenainya juga telah tertiris, di samping jangka masa pelancarannya yang telah disahkan tiba sekitar Februari hadapan.

Terbaru, timbul desas-desus terkini yang mengatakan markah penanda aras untuk peranti tersebut turut telah tertiris. Ia tersenarai dengan kod nama Nubia NX679J yang menunjukkan sebuah peranti dengan memori mencapai 18GB RAM dan menjalankan Android 12.

Maklumat mengenai cip pemprosesan tidak didedahkan secara khusus, di mana ia hanya memperlihatkan kod nama ‘taro’ yang dikhabarkan berkait rapat dengan cip Snapdragon 8 Gen1. Kutipan markah peranti pula adalah 1249 mata untuk ujian teras tunggal, kemudian 3,879 mata pula untuk ujian pelbagai teras.

Spekulasi awal mengatakan, peranti mungkin dilengkapi skrin OLED bersaiz 6.8-inci dengan resolusi FHD+. Panel juga akan dipadankan dengan kadar segar semula 144Hz, di samping sokong untuk pengimbas cap jari. Tidak ketinggalan, ia juga alan menampilkan kamera sebesar 8MP di hadapan, di samping kamera utama 64MP.

Sumber : Geekbench 5

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd