Cari @ Amanz

Pada hari ini, sambungan WiFi telah menjadi salah satu perkara yang dicari ramai dalam memastikan komunikasi pelbagai peranti mereka stabil, dan tidak habis menggunakan kuota data yang dilanggan untuk peranti mudah-alih.

Disebabkan hal berkenaan, baru-baru ini hadir persoalan melalui Maktabah Al-Bakri berkaitan bolehkan menggunakan Wi-Fi yang tidak diletakkan kata laluan.

Menjawab mengenainya, tidak dibolehkan untuk menggunakan Wi-Fi yang tidak diletakkan kata laluan, kecuali selepas mendapat keizinan daripada pemiliknya. Hal ini kerana ia termasuk dalam perkara menggunakan harga secara batil, iaitu tanpa keizinan daripada pemiliknya.

Walaubagaimanapun, ia berbeza keadaan jika Wi-Fi tersebut adalah digunakan secara umum yang diletakkan di tempat-tempat awam, atau diketahui bahawa pemilik Wi-Fi tersebut redha dan mengizinkannya, maka ia dibolehkan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd