Cari @ Amanz

Moderna ialah salah satu syarikat farmasi yang dikenali untuk membangunkan vaksin COVID-19 menggunakan teknologi Messenger RNA (mRNA) seperti apa yang digunakan oleh Pfizer dan BioNTech.

Terkini, syarikat tersebut sedang melakukan ujian awal untuk menbangunkan vaksin HIV menggunakan teknologi mRNA bersama-sama International AIDS Vaccine Initiative dan juga George Washington University School of Medicine and Health Sciences.

Sama seperti vaksin COVID-19, vaksin HIV ini apabila disuntik kepada penghidap penyakit HIV akan menyebabkan tindakbalas imunisasi, dimana fokus untuk vaksin ini ialah supaya protein dalam badan didorong untuk mengeluarkan sel darah putih yang dinamakan “B Cell” yang akan membasmi virus tersebut.

Fasa pertama ujian ini akan dilakukan keatas 56 individu dewasa HIV negatif terlebih dahulu, untuk melihat samada vaksin tersebut akan berjaya mengeluarkan B Cell ini ataupun tidak. 48 daripada individu dalam kumpulan ini akan diberikan suntikan vaksin pertama, manakala 32 daripada kumpulan tersebut juga akan diberikan suntikan penggalak. Dalam pada itu, lapan individu yang tidak menerima dos pertama hanya akan diberikan suntikan penggalak sahaja.

Ujian ini akan dijalankan selama enam bulan sebelum ia akan diperlihatkan sekiranya ia boleh pergi ke fasa ujian seterusnya.

Pembangunan teknologi mRNA dilihat membolehkan syarikat-syarikat farmaseutikal untuk memajukan pembangunan teknologi perubatan, khususnya dengan menawarkan vaksin-vaksin baru yang bukan sahaja mujarab, tetapi boleh dibangunkan dan diberi lebih cepat berbanding sebelum ini.

Sumber: Engadget

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd