GempakStarz Menawarkan NFT Bertemakan Tahun Baru Cina Dengan Menjualnya Melalui Shopee

Diterbitkan pada Jan 29, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Populariti NFT semakin naik dari hari ke hari, tetapi salah satu perkara yang menyukarkan pembeliannya adalah pengguna memerlukan kriptowang khusus, dan perlu melalui proses yang rencah sebelum dapat membelinya.

Kini, mengatasinya, pihak GempakStarz hadir dengan penawaran khas NFT bertemakan Tahun Baru Cina, dan menariknya menjual ia melalui Shopee.

Melalui penyenaraian yang dilakukan, ia disenaraikan pada harga RM18. Pengguna boleh membelinya, dan kemudian sebuah nombor siri khas akan diberikan untuk ditebus melalui laman TRART.

Sebanyak 1080 NFT dengan rekaan biasa disediakan, selain 120 NFT edisi khas, dan 50 NFT edisi “Fortune”.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan NFT ini melalui Shopee bermula 1 Februari 2022 ini. Mungkinkah dengan langkah ini juga, lebih banyak NFT akan ditawarkan melalui Shopee?

komen


© Amanz / 2022 Kami