Perdana Menteri kini mengumumkan yang mana kabinet telah memutuskan untuk tidak menaikkan tarif elektrik lebih 9 juta pengguna domestik di Malaysia.
Dengan langkah ini, kerajaan akan meneruskan subsidi sebanyak lebih RM700 juta agar pengguna domestik tidak terkesan.

Pengumuman Perdana Menteri ini hadir selepas Menteri Tenaga dan Sumber Asli mengatakan akan melaksanakan kadar tarif elektrik baharu bermula 1 Februari 2022 ini. Ketika itu, beliau turut menekankan yang mana perubahan tarif ini tidak akan membebankan pengguna.
Pengumuman Perdana Menteri ini semestinya disambut baik oleh orang ramai, dan tidak perlu risau berkenaan dengan tarif elektrik.
Ia tidak diketahui lagi sehingga bilakah tarif elektrik sedia ada ini akan dikekalkan.