Sebahagian Lokasi Di Terengganu Mengalami Masalah Rangkaian Maxis

Diterbitkan pada Jan 29, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Maxis kini nampaknya mengalami masalah rangkaian yang memberikan kesan terhadap sejumlah pengguna di Pantai Timur.
Melalui jawapan pihak Maxis melalui laman sosial, merekaa mengatakan seluruh lokasi Chukai, Dungun, Paka, Kampung Raja dan sebahagian Marang mengalami masalah rangkaian.

Buat masa ini, tiada perkongsian lanjut berkaitan bilakah masalah ini akan diselesaikan lagi. Bagi anda yang berada di kawasan terjejas, mungkin perlu melihat kepada beberapa alternatif dalam kekal berhubung.

komen


© Amanz / 2022 Kami