Cari @ Amanz

Google Chrome walaupun bukan lagi pelayar web terbaik pada hemat saya, ia masih antara yang paling popular dan ramai menggunakannya. Ini kerana kebanyakan peranti Android akan mempunyai Chrome terus hadir secara terpasang sebagai alternatif kepada pelayar web lalai pada peranti.

Google juga tidak berhenti menguji pelbagai ciri dan fungsi menarik untuk memastikan pengguna kekal setia. Terkini pada Android, Google sedang menguji ciri memberi amaran jika pengguna memilih untuk menutup semua tab yang telah dibuka.

Ciri ini diuji pada Chrome Canary versi 100 (100.0.4858.3) yang boleh dimuat turun di gedung aplikasi Play Store. Untuk mengujinya, anda hanya perlu muat turun dan aktifkan flag khas “Close all tabs” pada chrome://flags.

Dengan adanya ciri ini, pengguna masih sempat untuk melihat semula sama ada adakah ingin tutup semua tab atau hanya yang tertentu. Secara tidak langsung masih sempat untuk selamatkan tab aktif yang masih sedang digunakan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd