Apple Mungkin Sedang Membangunkan Konsol Sendiri

Diterbitkan pada Jan 30, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Desas-desus terbaru hadir mengatakan Apple mungkin sedang membangunkan konsol mereka tersendiri. Ia masih pada peringkat ura-ura awal, dan tidak diketahui lagi apakah perancangan penuh Apple buat masa ini.

Mengikut perkongsian penulis Windows Central, Apple dilihat sedang mendapatkan jurutera Xbox dalam usaha memfokuskan lebih kepada arena permainan video.

Pada hari ini, Apple sedia mempunyai Apple Arcade yang menawarkan langganan permainan eksklusif untuk iPhone, iPad, Mac, dan juga Apple TV.

Apa pun, seperti ramai sedia maklum, Apple sering membangunkan pelbagai produk dalam bentuk kajian, dan membatalkan ia sekiranya tidak mencapai kriteria mereka.

Untuk makluman, pada 1996 lepas, Apple pernah hadir dengan konsol tersendiri, dinamakan Apple Pippin, tetapi dibatalkan selepas setahun.

komen


© Amanz / 2022 Kami