Tesla sedia menawarkan sejumlah aksesori, dan terkini mereka turut mula menawarkan Tesla Mic di China, membolehkan pengguna di China untuk ber-karaoke dalam kereta Tesla.
Melalui kemaskini perisian yang ditawarkan di China, Tesla turut menambah sistem inforia Leishi KTV – sekaligus membolehkan pengguna Tesla untuk ber-karaoke dalam kereta.
Tesla Mic ditawarkan dalam bentuk sepasang, dan boleh dihubungkan ke sistem inforia secara automatik. Di China, ia ditawarkan pada harga sekitar RM787.
Buat masa ini, ia terhad ke pasaran China sahaja. Tidak mustahil kita melihat ia turut ditawarkan untuk pasaran luar China pada masa akan datang.