Aplikasi MySejahtera kini membawakan dua tambahan ciri baru untuk pengguna, iaitu kebolehan melakukan tempahan vaksin, selain pada masa yang sama menambah modul “Pelancong”.
Melalui modul “Pelancong”, ia menawarkan menu akses pantas dengan senarai rujukan untuk ke dan dari luar negara.

Pada masa yang sama, kini ia menyertakan ciri “Tempahan Vaksin”. Daripada percubaan ringkas kami, ciri ini dilihat lebih membolehkan pengguna melakukan tambahan tanggungan melalui MySejahtera, dan mendapatkan tarikh vaksin – terutamanya untuk kanak-kanak. Tiada sebarang ciri tempahan vaksin ditemui untuk orang dewasa – berkemungkinan kerana semua PPV kini membolehkan orang ramai hadir tanpa temujanji.
Buat masa ini, ciri baharu ini telah diperkenalkan untuk pengguna iPhone dan Huawei. Kemaskini sama dijangka ditawarkan untuk pengguna Android tidak lama lagi.