Carian
Caj Pengeluaran ATM RM1 Kembali Bermula Esok, 1 Februari 2022
January 31, 2022 Aman

Disebabkan oleh Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakkan sebelum ini, kerajaan telah membuang sementara caj pengeluaran wang di ATM untuk mengelak orang ramai bergerak jauh untuk proses pengeluaran duit.

Apa pun, kini dengan kembalinya pelbagai operasi seperti biasa, bank akan mengembalikan semula caj pengeluaran duit di ATM sebanyak RM1 bermula esok, 1 Februari 2022.

Seperti ramai sedia maklum, terdapat bank yang menawarkan pengeluaran percuma untuk beberapa kali pertama menggunakan mesin ATM bank berkenaan – dan mengecaj RM1 selepas had berkenaan. Tetapi, caj RM1 akan dikenakan apabila menggunakan mesin ATM bukan milik bank berkenaan.

Komen