Cari @ Amanz

Semasa Razer melancarkan kerusi gaming mereka tahun lalu ramai berjenaka ia tidak cukup gaming kerana tidak dilengkapi sistem lampu LED. Hari ini Razer Head Cushion Chroma telah dilancarkan sebagai bantal lapik kepala gaming dengan sistem lampu LED Razer Chroma.

Bantal pelapik kepala ini mempunyai logo Razer yang berubah warna mengikut keperluan pengguna. Sebanyak 16.8 juta warna boleh dipaparkan oleh sistem LED di bantal yang agak empuk rekaannya menggunakan busa memori. Ia turut dilengkapi pek bateri tersendiri bagi membolehkan ia berfungsi tanpa wayar berselirat. Warna boleh diubah menggunakan aplikasi telefon pintar atau Razer Synapse menerusi tambatan bluetooth.

Razer berkata bantal ini paling serasi digunakan bersama kerusi gaming Enki dan Iskur keluaran mereka. Setiap Razer Head Cushion Chroma dijual pada harga RM599 sebuah.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd